Tuesday 23 October 2012

wahai hati :)

Wahai hati, tenanglah, Janganlah kau was-was
kerana was-was itu ikutan syaitan.

Wahai hati …… janganlah kau lupa
Memuji ALLAH tiap masa, kerana 
Ketenangan milikNYA, akan dianugerahi pada kita

Wahai hati…… juga jangan lupa
kepada Baginda Rasul, kekasih ALLAH
Sekira berat benar lidah mengungkapkan selawat ke atas baginda.
Bagaimana bisa ketenangan dirasa?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita.
Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah,
kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri.
Tenanglah dikau wahai hati...

Wahai hati yang penuh luka,
Balutlah luka dihatimu dengan zikkrullah,
Wahai hati yang kesepian ini,
Hiburkanlah sepimu itu dengan nyanyian tadarus,
Pada kekasih yang abadi,
Pada kekasih yang tidak pernah memungkiri janji,
Carilah cinta Illahi.....

No comments:

Post a Comment