Tuesday 23 October 2012

Sesungguhnya Allah telah berkata: “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan dia di Akhirat. Dan barangsiapa aman dengan-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat" 

" Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis .."
“Ya Allah… 
Seandainya telah engkau catatkan… 
Dia milikku tercipta buatku… 
Satukanlah hatinya dengan hatiku… 
Titipkanlah kebahagian antara kami…. 
agar kemesraan itu abadi…
Dan Ya Allah…
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi”.

“Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan”.

“Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya”.

“Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya”.

“Ya Allah Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku…
kerana Engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini”.

“Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh”.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

amar makruf nahi mungkar:)

Amalkan
~✿.. Membantu kawan bertaubat.
~✿.. Memberi bantuan kewangan kepada kawan yang memerlukannya bagi tujuan baik.
~✿.. Menegur kawan yang melakukan kesalahan.
~✿.. Membimbing kawan melakukan kebaikan.
~✿.. Bergotong-royong membersihkan sesuatu kawasan yang baik seperti surau,dewan dan perumahan.
~✿.. Mengajak kawan melakukan perkara-perkara mahmudah.

Elakkan
~✿.. Membantu kawan meneruskan maksiat
~✿.. Menyumbangkan wang kepada kawan yang mahu melakukan maksiat.
~✿.. Menyanjung kesalahan yang kawan lakukan.
~✿.. Memberi kawan tips-tips berdating dan bermaksiat
~✿.. Bersama-sama mengemaskini kawasan maksiat seperti disko dan rumah pelacuran.
~✿.. Mengajak kawan melakukan perkara mazmumah.

Amalkan amar makruf nahi mungkar,
bukannya amar munkar nahi makruf...
Selamat beramal!

ketahuilah olehmu..

 

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. 
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. 

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

wahai hati :)

Wahai hati, tenanglah, Janganlah kau was-was
kerana was-was itu ikutan syaitan.

Wahai hati …… janganlah kau lupa
Memuji ALLAH tiap masa, kerana 
Ketenangan milikNYA, akan dianugerahi pada kita

Wahai hati…… juga jangan lupa
kepada Baginda Rasul, kekasih ALLAH
Sekira berat benar lidah mengungkapkan selawat ke atas baginda.
Bagaimana bisa ketenangan dirasa?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita.
Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah,
kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri.
Tenanglah dikau wahai hati...

Wahai hati yang penuh luka,
Balutlah luka dihatimu dengan zikkrullah,
Wahai hati yang kesepian ini,
Hiburkanlah sepimu itu dengan nyanyian tadarus,
Pada kekasih yang abadi,
Pada kekasih yang tidak pernah memungkiri janji,
Carilah cinta Illahi.....

hari:')

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Monday 22 October 2012

pengenalan ;')

        assalammuallaikum :')

hye semua blogger, my name mohd.sahril bin aldin , 16. just call my name sahril . :').
SMK.BANDARAYA students. from sabah.. sabahan haha. i'm islam and i'm proud to allah..
oke lha sahril nda taw sda maw ckap apa.. bye blogger, assalammuallaikum ;)

follow,follow,follow,follow,follow,follow,follow,follow yerrr ;')

wanita dan lelaki :D

assalammuallaikum..
Wanita di malaysia sanggup bertengkar dengan semua orang semata-mata hendak membuka aurat,
Wanita di Perancis sanggup bertengkar dengan pihak atasan semata-mata hendak menutup aurat,

Lelaki di palestin banyak yang bermati-matian hendak solat di masjid,
Lelaki di malaysia banyak yang berusaha untuk elakkan diri dari solat di masjid,

Kita di malaysia hidup aman dan damai tetapi segala nikmat keamanan itu kita bazirkan dengan perkara yang melalaikan...
Takkan nak tunggu Allah tarik nikmat itu baru nak menyesal?

Baru kelam-kabut nak menutup aurat?
Baru ingat nak ke masjid tunaikan kewajipan?
Baru nak ingat akan larangan Tuhan?
Baru nak ikut Suruhan-Nya sambil mengharap belas kasihan?

Renung-renungkan....

Sabar dan Bertawakkal :')

Bagi Orang Yang Sabar dan Bertawakkal kepada Allah SWT

Surah al-Ankabut, ayat 58-59:

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh; (Iaitu) mereka yang sabar dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya. "

Surah an-Nahl, ayat 96:

"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

Surah az-Zumar:

"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. "

puisi keimanan :)

PUISI KEIMANAN

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT,
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWASSSS

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
Kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat,
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat,
Apabila tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA itu manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiah, ada yang jadi lalat dan ada jadi ulat.
Apabila manusai danjadi ulat, sembahyang makin hari makin liat,
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orrang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat,
Tali kasut dah tak berikat

Rambut punjarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat
Suka pakai baju ketat
Suka sangat menunjukkan pusat

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
Pakai pulak yang singkat-singkat
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat
Duduk jauh berkirim surat
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat

Masa itu, nafas naik sampai tersekat-sekat
Usah peduli agama dan adat
Usah takut Allah dan malaikat
Yang penting apa kita nak buat?

Kita bukti lah kita buat
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat
Apabila perut kempis dah jadi bulat maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat
Bila anak-anak tak cukup sifat... jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat

MAKNANYA KETIKA ITU IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa?..Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat
Inilah dia fenomena masyarakat
Oleh itu wahai saudara ku dan para sahabat

Marilah kita pakai mengingat
bahawa dunia hari ini makin singkat
Esok atau lusa mungkin kiamat
Sampai masa kita semua akan berangkat

Berangkat menuju ke negeri akhirat
Disana kita akan ditanya apa yang kita buat
Masa itu sendiri mau ingat
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta adakah anta manafaat...?

Saudar saudari sekelian ingatlah dan kembalilah kepangkal jalan jauhi maksiat dan banyakkan lah ibadatmu...

hujan:')

Allah menurunkan hujan, ianya boleh terbahagi kepada dua kategori. Yng pertama, hujan adalah rahmat dari Allah buat manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda hidup yang lain. Yang kedua pula, hujan adalah satu bala atau bencana yang Allah turunkan akibat daripada perbuatan manusia yang lalai kepada Allah dan berbuat jahat di dunia ini... " Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Surah Al Baqarah Ayat 22)"

" Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Surah Al An’aam ayat 99)"

pesanan untuk bakal jenazah


Sebuah kitab yang tidak terbanding nilainya,
Mukjizat teragung sepanjang zaman,
Al-Quran, seindah namanya.
Namun, malangnya,
Al-Quran hanya menjadi perhiasan di rak-rak rumah,
Mahupun di kedai-kedai buku,
Dibiarkan berhabuk, tidak bersentuh,
Di manakah kesedaran kita,
Mengapa kita tidak menghargai Al-Quran dengan sebaiknya?
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa"
(Surah Al-Baqarah ayat 1-2)
Tidak sedarkah kita,
Kita semakin lalai dengan nikmat dunia,
Yang hanya menjanjikan kesenangan dunia,
Tidak sedarkah kita,
Al-Quran bukannya rekaan Nabi Muhammad,
Seperti yang dihebahkan oleh orang-orang kafir,
Tetapi kalam Allah yang agung dan mulia!
Tidak sedarkah kita,
Apa yang tercatat di dalam Al-Quran,
telah berlaku?
Buktinya?
(1) Kejadian manusia
"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta"
(Surah Al-Mukminun ayat 14)
(2) Kejadian langit dan bumi
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
(Surah Al-Anbiya' ayat 30)
(3) Berlakunya siang dan malam berulang-ulang, bukti Bumi berbentuk sfera
"Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni."
(Surah Az-Zumar ayat 5)
(4) Peredaran planet mengelilingi matahari
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."
(Surah Yaasin ayat 40)
Banyak lagi ayat yang membuktikan kekuasaan Allah,
Di dalam Al Quran yang diturunkan,
1400 tahun dahulu.
Lebih mengagumkan,
Terbukti melalui kemajuan teknologi!
Pada zaman kini.
Sedangkan pada zaman dulu,
Tiada teknologi yang mampu mengkaji semua ini,
Maka adakah Al-Quran dikarang Nabi Muhammad?
TIDAK sama sekali,
Bahkan,
Inilah bukti kewujudan Allah!
Melalui Al-Quran,
Jika mengikut logik akal,
Segala yang termaktub di dalam Al-quran,
Sudah pasti akan berlaku!
Tidak sedarkah kita?
Tidak timbulkah persoalan dalam diri kita?
Bahawa segala apa yang ada di dalam Al-Quran,
Pasti akan terjadi?
Maka, jika kita ingkar,
Menjadi hamba yang mengingkari perintah Allah,
Leka, lalai, alpa dengan kesenangan dunia,
Bergelumang dengan dosa dan maksiat,
Apakah yang bakal berlaku?
Seperti yang termaktub dalam Al-Quran?
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Nisaa' ayat 56)
Dan Allah berfirman lagi yang bermaksud;
"Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!"
(Surah Ar-Rahman ayat 44)
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang."
(Surah A-Kahfi 29)
"Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak"
(Surah Al-Waqi'ah ayat 42)
Maka, inilah yang bakal berlaku kepada kita yang masih bernyawa!
Di akhirat kelak,
jika kita ingkar suruhan Allah di dunia!

Wahai bakal-bakal jenazah,
Tidak sedarkah kita?
Tetapi mengapa kita masih melakukan kemungkaran?
Sedarlah wahai saudara saudari seIslamku,
Jadilah hamba Allah yang bertaqwa,
Yang tidak putus-putus meningkatkan keimanan kepadaNya,
Yang tidak putus-putus beribadah dalam mencari keredhaanNya,
Biarlah di dunia, kita dihina,
Digelar ketinggalan zaman,
Bersikap zuhud, tidak mengikut perkembangan fesyen,
Tidak bersosial, tidak mengikut sahabat-sahabat melakukan maksiat,
Bersabarlah,
Orang-orang yang beriman kepada Allah,
Yang ikhlas mengabdikan diri kepadaNya,
Kerana balasan syurga pasti menanti,
Dan ini juga bakal berlaku,
Kepada bakal jenazah seperti kita,
Jika kita benar-benar bertaqwa kepada Allah,
Inilah janji-janjinya,
Seperti yang termaktub di dalam Al-Quran.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."
(Surah Al-Baqarah ayat 25)
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera."
(Surah Al-Hajj ayat 23)
"Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah)."
(Surah Al-Furqan ayat 10)
Sama-sama kita renungkan, hakikatnya kita semua akan kembali ke kampung halaman kita. Tanyakan diri, bisikkan pada hati, bersediakah kita?